Thursday, January 27, 2011

Terung Masak Lemak

Hari ini kite mkn dan try masak Terung Masak Lemak plak. Ni aku bg skit info psl terung. Terung atau nama saintifik yer Solanum melongena merupakan golongan sayuran dan selalu berkait rapat dgn tomato & ubi kentang. Terung juga byk khasiat yer. Penuh dgn tenaga, protein, vitamin & mineral. hey..jgn x tahu..terung jugak blh buat kuruskan badan tau! (hahhh..melantak terung aje ler lps nih!)

Ok..jom masak!
Basic dia mcm msk lemak biasa aje just tambah terung. tp..disbbkan ade yg mcm aku jugak..x pandai msk & memerlukan grafik tuk belajar..so..just follow this simple rules!


Bhn2 yer :-
4-5 biji terung (dipotong serong)
5 biji Fish Ball (blh juga guna ikan bilis)
1 biji Bawang Besau
1 biji Bawang Merah
1-2 batang Cili Merah 
1 kotak Santan @ kepala 1/2 parut.
Garam & Minyak
1. Tumiskan Bawang Besau dan Bawang Merah. Tunggu sehingga naik bau.
2. Masukkan Terung dan Fish Ball. Kacau sebentar.
3. Masukkan santan cair. Masak sehingga mendidih.
4. Selepas mendidih, masukkan pati santan utk kuah mjadi pekat.
5. Masukkan Cili Merah dan Garam secukup rasa. Tunggu sehingga terung masak (klu blh biar lembik skit). 
Terung Masak Lemak


Dah siap! Jom Mkn!                        
ADIOS AMIGOS!! CHOW!!          

3 comments:

r-mean said...

lepas nih nak panggil Solanum Melongena plak..

Oya Mokhtar said...

tnganga plak nnt mulut org jual sayur kat pasar karang klu minta solanum melongena nnt! ;p

Ibnu K said...

Terima kasih singgah di blog dan bagi komen.. Isk isk.. patut la bau mcm ada orang memasak ni.. rupanya ada yang masak terung rupanya... Heheh tak berapa suka terung lah awak.. Tapi saya bole bayang bau tumis bawang tu.. huh.. wangi tul... takpe.. teruskan memasak dengan jayanya.. bole la ajar ek..