Tuesday, January 18, 2011

Spaghetti!!

Wow! 1day for 2 entry! Rajin plak aku hari nih! Well..tuk kali ni..aku nak bg resepi yg senang & rasa yer..semua org dah pandai masak menu nih..SPAGHETTI!! Tapi yg nih..aku bg yg super kacang sbb x semua org ade ingredient2 yg merapu2 mcm Oregano, Alfredo, Carbonara..(what???!!) dan keju mcm Perocino Romano atau Asiago Cheese. Ello..tok sah ler tlampau Italino sgt beb. Esok lusa..mkn belacan jugak kan?. kui..kui..kui..

Ok..tak mo merapu byk sgt..kat sini aku bg bhn2 & cara paling mudah tuk org melayu mcm aku nih! (Eh..aku jawa ler!). Hubby aku ckp..klu nak bg org belajar..bior ler ade gambo yerk. Senang org nak cepat pandai.Ok..nih aku buat untuk 3 org makan.


Bahan2 untuk Sos :-
3 Sudu Minyak Masak
1 tin pati sos tomato (x kesah aper brand pon)
1 ulas bawang besar (potong sederhana @ ikut suka)
Daging Burger (di blender) atau Daging Lembu Kisar (ikut suka banyak mana yg anda mahu tp utk ini pelem..aku pki 3 keping daging burger)
3 sudu Cili Sos - utk penambah rasa
3 sudu Sos Tiram - utk penambah rasa (klu x nak pon xpe!)
1 cawan air
2 sudu Gula 
Garam

Bahan2 Penyediaan :-
3/4 mangkuk Air
1 Paket Spaghetti
10 Biji Meatball (anda juga blh guna Meatball Bakso punye. Sedap jugak!)

Cara-caranya :-

 1. Mula tumiskan bawang besar dan campurkan sedikit garam.
 2. Lepas tu masukkan Daging Burger (yg di blender) @ Daging Lembu Kisar. Gaul sehingga daging td jd separuh masak.

 3. Masukkan 1 tin Pati Sos Tomato. Campurkan skali 1 cawan air. (Adalah lebih elok jika air tsebut di campurkan di dlm tin sos yg ade saki baki pati sos).
4. Tunggu sehingga sos masak. (klu nampak sos dah meletup2 tu..kira dah masak ler!)
5. Akhir skali, campurkan Sos Cili, Sos Tiram dan gula.(Anda blh menambah perasa mengikut kesedepan lidah & selera anda!) ;p


Untuk penyediaan :- 



1. Rendamkan Spaghetti & Meatball di dlm 3/4 mangkuk air panas selama 10-15 minit.
2. Setelah Spaghetti & Meatball masak, toskan. Jika Spaghetti biarkan rendam tlalu lama, Spaghetti akan jd lembik. (Kira..kureng best ler.Alah mcm mkn mee goreng jugak.klu lembik..kembang aje mee dia!)
3. Dah tu..amik ler pinggan. Letak Spaghetti..tuangkan Sos Tomato..dah siap! Rasa klu nak cantek..bubuh ler daun2 dr pokok bunga korang!

Spaghetti Super Kacang! ;p
Bon Appétit!!!
ADIOS AMIGOS!! CHOW!!




2 comments:

nabilah_2908 said...

daun pokok bunga...? hehehehe...

kalau sy....sy beli yg prego je..tumis bwng+daging cincang...leburkan sos tu...siap..(^_^)

jom ke APA KATA HATI pulak,
MAGGI GORENG

Oya Mokhtar said...

prego tu pon sedapjugak..tp tau ler skarang nih org dok mgata halal haram. so..jlm slamat..pki ler cap mesia..