Monday, November 2, 2009

Setelah sangappp...Part 3

Lagi brite yg x bley blah!

5 tahun disihir isteri

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Sihir lima tahun seorang isteri ke atas suaminya berakhir lama apabila dia diberkas pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah rumah teres dua tingkat di sini, awal pagi semalam.

Ahli perniagaan wanita itu kelu apabila mendapati suaminya dan isteri teman lelakinya turut bersama penguat kuasa Jais dalam serbuan kira-kira jam 3.30 pagi berkenaan.

Difahamkan, serbuan dilakukan selepas suami wanita terbabit melakukan intipan sejak seminggu lalu berikutan dia mendapati isterinya yang juga timbalan pengerusi sebuah persatuan membabitkan ibu tunggal, hilang sejak beberapa minggu lalu.

Serbuan dilakukan selepas pegawai penguat kuasa Jais yang menerima aduan berhubung maksiat terbabit melakukan serbuan yang turut disertai suami wanita itu bersama beberapa saksi lain.

Bagaimanapun, penguat kuasa Jais terpaksa bersabar selepas memberi salam selama hampir 30 minit sebelum pintu rumah berkenaan dibuka wanita berkenaan yang hanya berpakaian baju tidur dan tuala mandi.
Wanita terbabit yang menyedari kehadiran suami, memaki-hamunnya selain menuduh ia satu konspirasi untuk menjeratnya.

Bagaimanapun, wanita terbabit terdiam apabila diberitahu penguat kuasa Jais turut ditemani isteri teman lelakinya.

Dalam masa sama, teman lelaki berusia 40-an yang juga juruteknik sebuah syarikat televisyen turun dari bilik tingkat atas rumah berkenaan untuk menyerah diri.

Pasangan berkenaan disoal siasat pegawai Jais sebelum dibawa menaiki van ke pejabat Jais untuk soal siasat.

Sementara itu, suami usahawan wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Shah, 35, berkata dia berkahwin dengan wanita terbabit yang juga seorang janda kira-kira lima tahun lalu.

“Kami dikurniakan seorang anak perempuan. Tapi, sepanjang tempoh perkahwinan itu (lima tahun), saya sering hilang fokus selain sukar menentang atau menghalang setiap kata-kata isteri.

“Isteri saya seolah-olah ‘raja’ dalam rumah yang membuat keputusan manakala mulut saya bagaikan ‘terkunci’ setiap masa. Walaupun ada rakan yang mendakwa saya terkena ‘guna-guna’, namun saya enggan percaya dan terus hidup bersamanya walaupun tidak mengecapi kebahagiaan seperti pasangan lain.

“Selain itu, dia kerap keluar rumah atas urusan tanpa meminta kebenaran saya. Malah, dia jarang menjaga makan pakai saya berikutan semua kerja itu diserahkan kepada orang gaji,” katanya.

Menurutnya, perbuatan melampau isterinya itu mula terbongkar apabila ada jiran mereka mengadu melihat perbuatan curang isterinya yang gemar membawa lelaki pulang ke rumah ketika ketiadaannya.

Malah, katanya, dia turut mendapat maklumat berhubung tindakan isterinya yang gemar bersekedudukan di hotel mewah daripada beberapa rakan selain penemuan resit hotel di rumahnya.

“Namun, setiap kali saya cuba bertanya, semangat saya seolah-olah hilang dan menjadi gerun kepadanya. Saya bagaikan hilang ingatan dan seolah-olah menjadi lelaki dayus di dalam rumah tangga,” katanya.

Malah, katanya, pernah satu ketika dia melihat seorang lelaki tidak dikenali sedang tidur di dalam bilik di rumahnya, namun dia kaku untuk berbuat apa-apa selain membiarkan lelaki berkenaan di rumahnya.

“Namun, selepas dinasihati saudara terdekat, saya akhirnya dibawa untuk menjalani perubatan secara Islam di Bangi. Selepas menjalani beberapa sisi rawatan, saya kembali sedar dengan apa yang berlaku.

“Selepas kembali pulih daripada di sihir, saya mendapati kediaman saya dipenuhi dengan pelbagai benda ganjil termasuk botol minyak ditanam di halaman rumah, kertas mantera, lidi dan bermacam lagi di setiap penjuru rumah,” katanya ketika ditemui selepas operasi Jais semalam.

Malah, katanya, dia percaya isterinya itu ‘membela’ saka berikutan anak perempuannya berusia empat tahun kerap menangis dan mendakwa jarinya digigit ‘benda’ ghaib.

“Walaupun sukar untuk mempercayai perkara terbabit, saya percaya isteri saya tergamak berdamping dengan ilmu sihir berikutan kerap berjumpa bomoh di Perak untuk mendapatkan nombor ekor sebelum ini.

“Malah, isteri saya sebelum ini pernah mengalami penyakit gatal yang luar biasa dan meminta saya mencari sabun digunakan untuk memandikan jenazah yang dianggap sebagai penawar sakitnya itu,” katanya.

Menurutnya, dia mengambil seminggu untuk mengintip pergerakan isterinya dibantu beberapa rakan lain sebelum membuat aduan kepada pihak Jias bagi membolehkan perbuatan dosa itu dibanteras.

p/s : adusss..pesal ler pompuan mcm nih ade lg kat donia nih?

1 comment:

Shahrul Shaharuddin said...

salam,
saya sangat x suka bila ade berita2 nie di dada2 akhbar.. runtuh akhlak betul!.. hermm.. maaf saya berEMO sket...