Monday, November 2, 2009

Setelah sangappp...Part 2

Juruwang dicekup khalwat tak sempat uji bakat realiti TV


CEKUP...penguat kuasa Jaip mengambil keterangan pasangan
yang disyaki berkhalwat.

KUANTAN: Impian seorang juruwang wanita untuk menjadi artis dengan menyertai uji bakat satu program realiti televisyen di sebuah pusat beli-belah di bandar ini berkecai apabila dicekup penguat kuasa agama di sebuah hotel bajet di sini, selepas disyaki berkhalwat, semalam.

Juruwang berusia 19 tahun itu ditahan bersama seorang juruteknik berusia 23 tahun selepas didapati berdua-duaan dalam sebuah bilik hingga mendatangkan syak dalam serbuan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), kira-kira jam 7.15 pagi.

Ketika disoal penguat kuasa agama, wanita yang bekerja di Bukit Tinggi, Bentong itu mendakwa tiba di bandar ini kelmarin bersama tiga rakan lelaki untuk menyertai uji bakat itu yang diadakan di sebuah pusat beli-belah di sini.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama negeri, Ahmad Raffli Abdul Malek, berkata walaupun tiga lelaki terbabit mendaftar bilik berasingan, seorang daripada mereka didapati berdua-duaan dengan wanita itu dalam sebuah bilik lain.

“Pemeriksaan mendapati, wanita terbabit hanya memakai baju-T dan bertuala manakala pasangannya juga berbaju-T dan seluar pendek ketika bilik mereka diserbu.

“Kedua-dua mereka yang berasal dari Mentakab, dekat Temerloh, awalnya memberitahu mempunyai urusan kerja di bandar ini sebelum mengaku sebenarnya ingin menyertai uji bakat satu program realiti televisyen,” katanya.

Dalam serbuan di hotel lain, beliau berkata, seorang pekerja kedai komputer hanya berkemban dengan tuala ketika ditemui bersembunyi dalam bilik air manakala pasangannya, seorang peniaga pula hanya memakai seluar pendek.

“Peniaga terbabit mendakwa menginap bersendirian sebelum pemeriksaan lanjut menemui seorang gadis dalam bilik air. Turut ditemui bersama mereka, dua kotak kondom.

“Ketika pemeriksaan, peniaga terbabit cuba menghalang tugas penguat kuasa apabila membuat kecoh,” katanya.

Menurutnya, serbuan lebih dua jam dan tamat kira-kira jam 9 pagi itu menahan tujuh pasangan termasuk satu tangkapan dibuat di sebuah rumah di Indera Mahkota, di sini, hasil aduan penduduk.


p/s : ish...ish...


No comments: