Thursday, January 27, 2011

Hospital Pecat Petugas Bertudung

Hospital pecat petugas bertudung
2011/01/27

Jururawat Jawa Timur terima 3 surat amaran

SIDOARJO: Seorang jururawat di Jawa Timur berisiko dipecat kerana memakai tudung ketika bertugas dalam apa yang digelar suaminya kes jelas diskriminasi agama.

Nurul Hanifah, yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Delta Surya di daerah ini selama tujuh tahun sudah menerima dua surat amaran mengenai tudung itu, menurut suaminya, Mohammad Fahmi.
Undang-undang buruh menyatakan bahawa seorang kakitangan boleh dipecat selepas menerima tiga surat amaran.
Fahmi berkata, kelmarin isterinya itu hanya mula memakai tudung sepenuh masa selepas mereka kembali dari menunaikan Haji di Makkah.

Sebelum ini, Nurul hanya memakai tudung di luar waktu kerja untuk mematuhi kod berpakaian hospital terbabit.

“Beliau memberi alasan ia sebahagian kepercayaannya, lebih-lebih lagi beliau sudah menunaikan haji,” kata Fahmi.

“Justeru amat memalukan mereka menjadikannya satu isu besar.” Bercakap kepada pegawai di Yayasan Bantuan Perundangan Surabaya (LBH), Fahmi berkata beliau akan memfailkan aduan di hadapan Suruhanjaya Hak Asasi Ma-nusia Nasional (Komnas HAM).

Beliau juga berkata, akan melobi kepada hospital supaya mengkaji kod pakaiannya yang melarang kakitangan kesihatan memakai tudung berikutan kebimba-ngan kesihatan.

Tudung biasanya menutup rambut, telinga dan leher serta bahu, bukan bahagian muka.

“Hakikatnya, ramai kakitangan wanita di hospital itu memakai tudung namun mereka takut untuk bersuara,” kata Fahmi.

Pengarah LBH M. Syaiful Aris, berkata kes itu adalah ‘sesuatu yang serius’ kerana larangan ke atas tudung dianggap pelanggaran hak asasi manusia.

Aris berkata, memakai tudung adalah cara melahirkan ketaatan dan setiap wanita Islam berhak memakainya.

Katanya, hak itu dilindungi mengikut Pematuhan Hak Awam dan Berpolitik Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

“Kami menuntut Komnas HAM melancarkan siasatan terhadap pelanggaran hak oleh Hospital Delta Surya,” katanya.

Bagaimanapun, Pengarah Presiden Hospital berkenaan Dawam Wahab, mempertahankan kod berpakaian itu, menyatakan ia sudah dilaksanakan selama beberapa tahun dan malah diluluskan pihak berkuasa daerah. – Agensi- kredit to Berita Harian


Nota kukukakiku :- 
Aku rasa mcm nak lempang jerk owner hospital nih!

No comments: