Tuesday, January 25, 2011

Fasha - Jejai..Putus sudah kasih sayang...

Fasha Sandha..eemmm..nama yg slalu di carik oleh setiap media untuk publisiti & mencari kesalahan anak gadis Pak Hassan nih. Nak kata aku minat..minat gitu2 aje. Crite kat tb pon..kadang aku ikot..kadang..eh..bila masa crite nih ade?? haaa..mcm tu ler kan. Berita hot pg nih..dia dahclash ngan Jejai. Actually..aku pon bukan yer bkenan sgt ngan Jejai tuh. Rasa yer..Fasha Sandha ni blh dapat org yg jauh lebih ok dr Jejai tuh. tp..cinta x mgenal siapa, kan? Well..aku harap selepas ini..Fasha akan lebih fokus dlm karier dan bisness salon yg x lama lg bukak kat Wangsa Link tuh.

For Fasha ...be strong! Love can come & go easily!

Kami tiada jodoh'


KUALA LUMPUR: “Memang hubungan saya dengan Jejai sudah berakhir. Sukar untuk saya jelaskan sebab atau alasannya, namun itulah hakikat dan saya percaya ada hikmah di sebaliknya.
“Sejak dia (Jejai) pulang daripada bercuti bersama keluarganya di Jepun 18 Januari lalu, kami langsung tidak berhubung hingga hari ini. Entah kenapa, namun itulah yang berlaku. Justeru saya mengandaikan tiada jodoh antara kami berdua,” kata Fasha yang dihubungi Harian Metro, semalam.
Ditanya mengapa Jejai tidak lagi menghubunginya sejak pulang dari Jepun memandangkan sebelum ini Fasha pernah mengeluarkan kenyataan masih bahagia sewaktu mengulas gambar kontroversinya berbikini di Bali sebelum ini, aktres berusia 27 tahun ini hanya selesa untuk tidak mengulas lanjut.

“Sepanjang bercuti, setiap hari dia menghubungi saya dan tidak pernah lupa menghantar mesej. Saya masih lagi menyimpan semua senarai dan rekod panggilannya. Malah, sehari sebelum dia pulang ke Malaysia 17 Januari lalu, Jejai masih menghubungi saya.
“Perkara itu terlalu peribadi dan sukar untuk dijelaskan secara terperinci. Cukuplah saya nyatakan hubungan kami sudah tiada apa-apa lagi,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Samson Delaila.
Mengulas gosip kononnya bekas isteri Jejai, Nora Danish dikatakan punca hubungan mereka berantakan, Fasha tidak mahu mengulas lanjut.
“Jujurnya saya langsung tidak tahu menahu mengenai perkara itu. Namun, saya percaya Jejai ada alasannya sendiri dan mungkin ini jalan terbaik buat kami berdua.
“Saya harap tiada lagi pihak cuba mengaitkan kami berdua dan usah lagi bertanya saya mengenai Jejai. Berilah saya ruang untuk bernafas serta memikirkan soal diri sendiri dan kerjaya,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran dan menguruskan operasi perniagaan butik dandanan rambut, Chinta Salon di Wangsa Link yang akan memulakan operasi tidak lama lagi.
“Mungkin ini peluang bagi saya meletak sepenuh fokus kepada kerjaya lakonan yang Alhamdulillah tidak henti buat saya,” katanya.
Fasha menyifatkan perpisahan mengejut antaranya dengan ahli perniagaan berusia 34 tahun itu sebagai satu suratan.

“Bagaimana untuk saya lari daripada semua cerita ini? Saya bukan mahu meraih publisiti murahan atau sengaja membesarkan apa yang berlaku, namun sebagai anak seni saya akur dengan tuntutan media yang sentiasa memerhati saya daripada jauh.
“Alhamdulillah saya tidak pula tertekan atau terasa kecewa dengan apa yang berlaku. Biarlah semuanya berlalu dan pergi begitu saja,” katanya. - kredit to Harian Metro

3 comments:

White Bird said...

betul la tu tadak jodoh =)

Oya Mokhtar said...

kan..nak buek camno...

cikpuanhady said...

takpela..semoga fasha mendapat jodoh yang lebih baik..

Tolong boleh :Jom Vote Zahra yang tengah syok tido