Friday, January 28, 2011

Aper itu Selaput Dara!


Well..hari aku rajin nak tulis psl benda sensitip. Selaput dara..eeemmm..benda first skali yg korunk pikir mesti mlm pertama, kan? Aku tau sgt korunk2 nih ! ;p Ok ler..ni adalah skit info psl Selaput Dara.


Selaput dara atau hymen adalah lipatan membran yang menutup sebagian luar vagina. Bentuk selaput dara paling umum adalah sabit. Setelah seorang wanita melahirkan, selaput dara yang tertinggal disebut carunculae myrtiformes. Selaput dara tidak memiliki fungsi anatomi yang diketahui. Selaput dara biasanya tidak rusak karena olahraga atau menggunakan tampon. Di saat seorang wanita mencapai usia pubertas, selaput dara menjadi elastis. Hanya 43% wanita melaporkan pendarahan ketika mereka pertama kali melakukan senggama. - credit to Wikipedia.

Emmm..amacam? Tp klu diikotkan zaman skarang nih..ramai yg dah ilangkan selaput nih. Aiipp..jgn salah paham plak..mmg info kat atas ckp selaput dara tak rosak klu bsukan atau gunakan tampon, tp ..org pompuan zaman skarang sume yerk lasak2 (mcm aku jugak). Mcm2 aktiviti yg dibuat dan tanpa kita sedari selaput dara sedikit demi sedikit akan terkoyak. Ade juga dlm satu2 kes dimana ade pompuan yg mmg sejak diahirkan x mpunyai selaput dara. Itu kuasa Allah. Tp itu bukan alasan bg org yg mmg dah btol2 hilangkan selaput dara tuh! Selain itu, ade juga yg mpunyai selaput dara yg sgt2 nipis. Jika selaput dara nipis, maka pembuluh dara juga sedikit dan kadang2 langsung tidak keluar darah ketika melakukan hubungan yg pertama.

Maka dgn itu sang suami tidak blh menilai isteri melalui darah atau selaput daranya. Jgn terlalu tipikal & kuno dlm menangani situasi sebegini. Berfikir secara bijak dan rasional. Seeloknya berbincanglah dr hati ke hati jika ada masalah. Jgn disebabkan Selaput Dara, akan hancur kebahagiaan yg tlh kita bina selama ini.

ADIOS AMIGOS!! CHOW!!

Thursday, January 27, 2011

Hospital Pecat Petugas Bertudung

Hospital pecat petugas bertudung
2011/01/27

Jururawat Jawa Timur terima 3 surat amaran

SIDOARJO: Seorang jururawat di Jawa Timur berisiko dipecat kerana memakai tudung ketika bertugas dalam apa yang digelar suaminya kes jelas diskriminasi agama.

Nurul Hanifah, yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Delta Surya di daerah ini selama tujuh tahun sudah menerima dua surat amaran mengenai tudung itu, menurut suaminya, Mohammad Fahmi.
Undang-undang buruh menyatakan bahawa seorang kakitangan boleh dipecat selepas menerima tiga surat amaran.
Fahmi berkata, kelmarin isterinya itu hanya mula memakai tudung sepenuh masa selepas mereka kembali dari menunaikan Haji di Makkah.

Sebelum ini, Nurul hanya memakai tudung di luar waktu kerja untuk mematuhi kod berpakaian hospital terbabit.

“Beliau memberi alasan ia sebahagian kepercayaannya, lebih-lebih lagi beliau sudah menunaikan haji,” kata Fahmi.

“Justeru amat memalukan mereka menjadikannya satu isu besar.” Bercakap kepada pegawai di Yayasan Bantuan Perundangan Surabaya (LBH), Fahmi berkata beliau akan memfailkan aduan di hadapan Suruhanjaya Hak Asasi Ma-nusia Nasional (Komnas HAM).

Beliau juga berkata, akan melobi kepada hospital supaya mengkaji kod pakaiannya yang melarang kakitangan kesihatan memakai tudung berikutan kebimba-ngan kesihatan.

Tudung biasanya menutup rambut, telinga dan leher serta bahu, bukan bahagian muka.

“Hakikatnya, ramai kakitangan wanita di hospital itu memakai tudung namun mereka takut untuk bersuara,” kata Fahmi.

Pengarah LBH M. Syaiful Aris, berkata kes itu adalah ‘sesuatu yang serius’ kerana larangan ke atas tudung dianggap pelanggaran hak asasi manusia.

Aris berkata, memakai tudung adalah cara melahirkan ketaatan dan setiap wanita Islam berhak memakainya.

Katanya, hak itu dilindungi mengikut Pematuhan Hak Awam dan Berpolitik Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

“Kami menuntut Komnas HAM melancarkan siasatan terhadap pelanggaran hak oleh Hospital Delta Surya,” katanya.

Bagaimanapun, Pengarah Presiden Hospital berkenaan Dawam Wahab, mempertahankan kod berpakaian itu, menyatakan ia sudah dilaksanakan selama beberapa tahun dan malah diluluskan pihak berkuasa daerah. – Agensi- kredit to Berita Harian


Nota kukukakiku :- 
Aku rasa mcm nak lempang jerk owner hospital nih!

Terung Masak Lemak

Hari ini kite mkn dan try masak Terung Masak Lemak plak. Ni aku bg skit info psl terung. Terung atau nama saintifik yer Solanum melongena merupakan golongan sayuran dan selalu berkait rapat dgn tomato & ubi kentang. Terung juga byk khasiat yer. Penuh dgn tenaga, protein, vitamin & mineral. hey..jgn x tahu..terung jugak blh buat kuruskan badan tau! (hahhh..melantak terung aje ler lps nih!)

Ok..jom masak!
Basic dia mcm msk lemak biasa aje just tambah terung. tp..disbbkan ade yg mcm aku jugak..x pandai msk & memerlukan grafik tuk belajar..so..just follow this simple rules!


Bhn2 yer :-
4-5 biji terung (dipotong serong)
5 biji Fish Ball (blh juga guna ikan bilis)
1 biji Bawang Besau
1 biji Bawang Merah
1-2 batang Cili Merah 
1 kotak Santan @ kepala 1/2 parut.
Garam & Minyak
1. Tumiskan Bawang Besau dan Bawang Merah. Tunggu sehingga naik bau.
2. Masukkan Terung dan Fish Ball. Kacau sebentar.
3. Masukkan santan cair. Masak sehingga mendidih.
4. Selepas mendidih, masukkan pati santan utk kuah mjadi pekat.
5. Masukkan Cili Merah dan Garam secukup rasa. Tunggu sehingga terung masak (klu blh biar lembik skit). 
Terung Masak Lemak


Dah siap! Jom Mkn!                        
ADIOS AMIGOS!! CHOW!!          

Tuesday, January 25, 2011

Fasha - Jejai..Putus sudah kasih sayang...

Fasha Sandha..eemmm..nama yg slalu di carik oleh setiap media untuk publisiti & mencari kesalahan anak gadis Pak Hassan nih. Nak kata aku minat..minat gitu2 aje. Crite kat tb pon..kadang aku ikot..kadang..eh..bila masa crite nih ade?? haaa..mcm tu ler kan. Berita hot pg nih..dia dahclash ngan Jejai. Actually..aku pon bukan yer bkenan sgt ngan Jejai tuh. Rasa yer..Fasha Sandha ni blh dapat org yg jauh lebih ok dr Jejai tuh. tp..cinta x mgenal siapa, kan? Well..aku harap selepas ini..Fasha akan lebih fokus dlm karier dan bisness salon yg x lama lg bukak kat Wangsa Link tuh.

For Fasha ...be strong! Love can come & go easily!

Kami tiada jodoh'


KUALA LUMPUR: “Memang hubungan saya dengan Jejai sudah berakhir. Sukar untuk saya jelaskan sebab atau alasannya, namun itulah hakikat dan saya percaya ada hikmah di sebaliknya.
“Sejak dia (Jejai) pulang daripada bercuti bersama keluarganya di Jepun 18 Januari lalu, kami langsung tidak berhubung hingga hari ini. Entah kenapa, namun itulah yang berlaku. Justeru saya mengandaikan tiada jodoh antara kami berdua,” kata Fasha yang dihubungi Harian Metro, semalam.
Ditanya mengapa Jejai tidak lagi menghubunginya sejak pulang dari Jepun memandangkan sebelum ini Fasha pernah mengeluarkan kenyataan masih bahagia sewaktu mengulas gambar kontroversinya berbikini di Bali sebelum ini, aktres berusia 27 tahun ini hanya selesa untuk tidak mengulas lanjut.

“Sepanjang bercuti, setiap hari dia menghubungi saya dan tidak pernah lupa menghantar mesej. Saya masih lagi menyimpan semua senarai dan rekod panggilannya. Malah, sehari sebelum dia pulang ke Malaysia 17 Januari lalu, Jejai masih menghubungi saya.
“Perkara itu terlalu peribadi dan sukar untuk dijelaskan secara terperinci. Cukuplah saya nyatakan hubungan kami sudah tiada apa-apa lagi,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Samson Delaila.
Mengulas gosip kononnya bekas isteri Jejai, Nora Danish dikatakan punca hubungan mereka berantakan, Fasha tidak mahu mengulas lanjut.
“Jujurnya saya langsung tidak tahu menahu mengenai perkara itu. Namun, saya percaya Jejai ada alasannya sendiri dan mungkin ini jalan terbaik buat kami berdua.
“Saya harap tiada lagi pihak cuba mengaitkan kami berdua dan usah lagi bertanya saya mengenai Jejai. Berilah saya ruang untuk bernafas serta memikirkan soal diri sendiri dan kerjaya,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran dan menguruskan operasi perniagaan butik dandanan rambut, Chinta Salon di Wangsa Link yang akan memulakan operasi tidak lama lagi.
“Mungkin ini peluang bagi saya meletak sepenuh fokus kepada kerjaya lakonan yang Alhamdulillah tidak henti buat saya,” katanya.
Fasha menyifatkan perpisahan mengejut antaranya dengan ahli perniagaan berusia 34 tahun itu sebagai satu suratan.

“Bagaimana untuk saya lari daripada semua cerita ini? Saya bukan mahu meraih publisiti murahan atau sengaja membesarkan apa yang berlaku, namun sebagai anak seni saya akur dengan tuntutan media yang sentiasa memerhati saya daripada jauh.
“Alhamdulillah saya tidak pula tertekan atau terasa kecewa dengan apa yang berlaku. Biarlah semuanya berlalu dan pergi begitu saja,” katanya. - kredit to Harian Metro

Kenapa Aku Suka Farmville!

Kenapa aku suka main FarmVille???
Sebab..dia best!
Sebab..dia buat aku happy!
Sebab..dia buat aku kuat berangan!
Sebab..dia buat aku ilang tensen!
Sebab..dia buat aku suka sengih sorang2! (iyelah..ade duet bjuta2!!)
Sebab..dia buat aku xyah buat keje lain!
Sebab..dia buat aku jd malas!
Sebab..disebabkan dia ler..aku dpt realisasikan experience bkebun dr alam cyber ke alam reality!! kikikiki..

ADIOS AMIGOS!! CHOW!!

Monday, January 24, 2011

Kurus..Langsing..& Cantek!!


Huhhhhhh..!! Mesti tensen bila ingat nak kurus nih! klu dulu..itu ler azam tiap2 tahun! Ade yg mjadik..bila dah mjadi...alahai..tkena buncit buatan org plak! Gggrrrrr...

Ok..thn 2009 dulu aku ade ler masok pusat pelangsingan badan, MAYFAIR BODYLINE (mmg nama sebenar! ;p). Aku masok nih pon sbb hubby aku bg present sempena "Hari Pujuk Sedonia". kikikiki..ade ler perang skit2..dan hasil yerk.. dgn sedikit perencah MGALAH..maka aku dpt hadiah maap yg super value!!! Woowwwwwww....!!! I lap U, Inchek Botak!

MAYFAIR BODYLINE..Ok ler tempat nih. dalam mase 2 bln..aku turun 12 kg. Nak kata aku straight sgt ikot diet dia...mati kelaparan ler aku nnt! Mane larat woo..hari2 mkn roti..roti..roti..buah..buah..buah..(buah pon bukan sebrg tau! Epal aje yg blh!). Klu aku ikot dia punye rutin..mau lebih dr tuh berat aku blh turun. Btol..selain Qdr treatment nih..aku buat ler exercise mcm jogging.. aerobic (kat hall umah jerk!)..angkat dumbbell yg 2 kg..naik bicycle depan tb ..push up..ntah aper2 lg ler yg blh aku buat.

Treatment kat yg ade mcm.. Chili program (bdn kita akan di sapu ngan krim cili. Nnt badan akan rasa panas.) Body rapping (dah sapu krim cili..lps tuh bdn kena rapping ngan plastik. alah..plastik balut mknn tu ler.) Massage, MDS, G5, Hot Blanket..mcm2 lg ler. Aku dah x ingat sbb...

Ehem..ehem..sbb yer..lps aku dah kurus..dah ade curve sane sini..yg nih x bley blah...Laki mane yg x tahan tgk bini chantek ooiiiii...!!!!! Hihihihi..kena plak time anniversary ..ape lg..paham2 aje ler. X lama lps tuh..dtg ler brite yg aku dah tkena buatan org! Yes..I'm PREGNANT!!! Bising consultant aku. Byk kali dia dah pesan..jgn tido dekat2 (gilo ahhh!)..jgn manja2 sgt..kikikiki..kelako ler Vivian tuh! Skarang dah dekat 2 thn aku x jejak centre tuh. Si Vivian dok call byk kali suruh continue treatment yg ade balance lg 10 sesi. Eleh..bukan aku x tau..dlm diam2 tuh nnt depa offer lain2 package plak. Bese ler..org bniaga.

Sejak dah ade baby nih..selera makan makin ngap..ngap..!! Tgk berat maintain mcm sblom pregnant..tp..prot plak bikin masaelah. Makin buncit. Ape x yer..asyik melantak aje keje yerk! Mcmana x melantak..dah aku BF baby. Baby sedut susu dr ape yg aku mkn. Aku mkn..anak dara aku pau. Bila aku nak kenyang?!! Nak2 aku dah pandai masak skarang. Haru btol!

So..camne? Bila nak kurus balik nih!!!!

ADIOS AMIGOS!! CHOW!!

Sunday, January 23, 2011

Cendol Cap Khalis

Haaa...meh kita buat dessert plak. Knape nama dia Cendol Cap Khalis sbb..aku guna jenis Santan Sawit cap Khalis. Santan sawit Khalis ni ade dijual kat Giant, Bintang, JJ dan supermarket yg kureng ade nama..kikikiki. Kelebihan santan sawit nih..dia xde kolestrol, kandungan lemak pon kurang bbanding santan kelapa biasa dan penuh dgn vitamin. (Promosi nih!). Aku kenal Santan Sawit Khalis nih masa pergi MAHA thn lepas. Rege dia RM 6.49 aje.

Jom..kite buat cendol!

Bahan2 yer :
500 ml Santan Sawit Khalis
1000 ml Air utk santan (santan xpe klu byk sbb kite minum cendol nih)
1/2 sudu Garam
250 gm Gula Merah
250 gm Gula Pasir
250 ml Air utk masak Gula
500 gm Cendol (1 paket cendol ler senang crite!)

 1. Utk santan - Campurkan Santan Sawit Khalis, air dan garam. Masak sehingga mendidih.
 2. Utk Air Gula - Campurkan Gula Merah, Gula Pasir dan air. Masak sehingga gula cair dan mendidih.
3. Campurkan santan bersama cendol & air gula secukupnya. Bubuh ais.
Cendol Cap Khalis
Jom minummmm..!!!

ADIOS AMIGOS!! CHOW!!

Ikan Patin Masak Tempoyak

Hari khamis lepas masa dok beli bahan nak buat nasik lemak kat Chow Kit, mata aku melilau tgk ikan2 tgh bergeliat-geliut nak lepaskan diri! Ade tuh..ikan keli dah merayap kat lantai! Bravo! Usaha nak lepaskan diri berjaya..kikiki...jgn harap ler bjaya. Elok aje ikan tuh melompat..cepat2 aje bdk jual kutip blk! Wakakaka..

Eemm..disebabkan dah lama x mkn ikan patin masak tempoyak...so..hubby pon beli ler sekor. RM 5 sekilo! Pilih yg kecik aje sbb yg mkn pon aku ngan hubby aje. Sekor rege RM 3. Ok ler tuh dr rege kat Pahang. Aku tanye kat pasar malam Simpang Maran hr rabu..ikan patin sekilo RM 13!!! huhuhuhu...aku rasa ..taste dia same aje. Ntah bela ker..beli kat tokey ikan ker..tak tau ler!

Ok..mari kita masak!
Bahan2 yer :

1 ekor ikan patin (dibasuh dgn limau utk hilangkan bau hanyir)
4 sudu tempoyak (bubuh lebih pon ok gak!)
3-5 batang Daun Kesum
1-2 batang Bunga Kantan (dibelah)
2 batang Serai (diketuk)
1 biji Bawang Merah (ditumbuk)
1 inci Kunyit Hidup (ditumbuk)
1/2 inci Halia (ditumbuk) - xde pon xpe
1 hiris Lengkuas (ditumbuk) - xde pon xpe
10-15 batang Cili Padi (ditumbuk)
2 batang Cili Merah (ditumbuk)
1 keping Asam Keping
2 cawan Air
Minyak, Gula dan Garam

1. Tumbukkan bawang merah, kunyit hidup, halia, lengkuas, cili padi dan cili merah. (klu nak blander pon blh..tp lg sedap klu ditumbuk).

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg ditumbuk td. kacau hingga naik bau.
3. Masukkan serai, bunga kantan dan daun kesum.
 4. Masukkan air, tempoyak dan ikan patin,
5. Masak sehingga mendidih.
6. Selepas itu, masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Masak sehingga kuah jd pekat.

Ikan Patin Masak Tempoyak


Dah siap! Apalg bedal ler!

ADIOS AMIGOS!! CHOW!!


Saturday, January 22, 2011

Selamat Pengantin Baru Ayu Raudhah - Zaquan Adha

Alhamdulillah...kawen jugak dorunk nih. yg penting kawen dgn cara direstui. Itu yg penting!

ALOR SETAR: Hanya dengan sekali lafaz, aktres Ayu Raudhah,26, akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, Jumaat.
Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 3.45 petang oleh imam masjid tersebut, Mustafa Kamil Abdul Jamil yang mewakili walikan pihak perempuan iaitu abang Ayu, Roshidi Abu Bakar @ Che Wan.
Ayu Raudhah Kahwin
Pada majlis yang serba ringkas itu, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang berwarna krim menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.
Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Difahamkan, wang hantaran itu mempunyai kaitan dengan angka lapan, iaitu nombor jersi Zaquan.
Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 200 orang tetamu termasuklah ibu Ayu iaitu Zabedah Saad, ibu-bapa Zaquan iaitu Abd Radzak Salleh dan Azizah Arshad serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka.
Ayu Raudhah Kahwin
Turut menyaksikan majlis akad nikah mereka, kakak Ayu iaitu aktres Rozita Che Wan, abang ipar mereka, aktor Mazlan Ahmad dan kembar kepada Mohd Zaquan iaitu Aidil Zafuan.
Ditemui selepas majlis berakhir, Ayu yang kelihatan sebak sebaik selesai akad nikah itu melahirkan rasa syukur kerana hubungan cinta mereka yang terjalin hampir dua tahun itu berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan.
“Saya bersyukur, lega dan amat gembira kerana akhirnya kami disatukan juga setelah hampir dua tahun mempertahankan hubungan ini,” kata Ayu.
Menurut pelakon drama Nur Kasih ini, dia merasakan sudah sampai masanya untuk mendirikan rumah tangga dan tidak menyangka jodohnya adalah dengan seorang pemain bola sepak terkenal.
ayu raudhah kahwin
ayu raudhah kahwin
“Perasaan saya bercampur-baur sebaik selamat dinikahkan. Saya akan cuba menjadi isteri yang baik dan menghormati setiap keputusan suami walaupun kami berbeza umur tiga tahun,” tutur Ayu.
Sementara itu, Zaquan juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar dan kini sah bergelar suami kepada Ayu.
“Saya rasa debaran ketika akad nikah tadi lebih mendebarkan berbanding debaran sepakan bola ke gawang gol. Bagaimanapun, saya bersyukur semuanya berjalan dengan lancar. Selama dua tahun ini, dia seorang yang amat mengambil berat tentang kerja saya. Ayu sentiasa memberikan sokongan untuk saya meningkatkan mutu permainan dan terus berjaya demi memantapkan reputasi bola sepak negara di persada antarabangsa,” tutur Zaquan sambil mengukir senyuman manis.
Bercerita tentang percutian bulan madu, Ayu dan Zaquan belum menetapkan tarikhnya kerana sibuk dengan kerja masing-masing dan memilih sebuah pulau sebagai destinasi utama.
Beralih kepada soal anak, Ayu tidak menolak untuk mempunyai anak pada bila-bila masa memandangkan suaminya juga sangat menyukai kanak-kanak.
Pada sebelah malamnya, kedua-duanya menjalani resepsi perkahwinan berkonsepkan alam fantasi dan mengenakan persalinan rekaan Rizman. Majlis tersebut berlangsung di rumah pengantin perempuan.
Selain itu, mereka turut menggunakan khidmat pereka Qudyn untuk malam berinai pada 20 Januari di rumah Ayu.
Sementara majlis menyambut menantu akan dilangsungkan di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan pada 30 Januari ini. Pasangan pengantin akan mengenakan persalinan Calvin Thoo dengan bertemakan tradisional. – kredit Mstar Online

Tuesday, January 18, 2011

Spaghetti!!

Wow! 1day for 2 entry! Rajin plak aku hari nih! Well..tuk kali ni..aku nak bg resepi yg senang & rasa yer..semua org dah pandai masak menu nih..SPAGHETTI!! Tapi yg nih..aku bg yg super kacang sbb x semua org ade ingredient2 yg merapu2 mcm Oregano, Alfredo, Carbonara..(what???!!) dan keju mcm Perocino Romano atau Asiago Cheese. Ello..tok sah ler tlampau Italino sgt beb. Esok lusa..mkn belacan jugak kan?. kui..kui..kui..

Ok..tak mo merapu byk sgt..kat sini aku bg bhn2 & cara paling mudah tuk org melayu mcm aku nih! (Eh..aku jawa ler!). Hubby aku ckp..klu nak bg org belajar..bior ler ade gambo yerk. Senang org nak cepat pandai.Ok..nih aku buat untuk 3 org makan.


Bahan2 untuk Sos :-
3 Sudu Minyak Masak
1 tin pati sos tomato (x kesah aper brand pon)
1 ulas bawang besar (potong sederhana @ ikut suka)
Daging Burger (di blender) atau Daging Lembu Kisar (ikut suka banyak mana yg anda mahu tp utk ini pelem..aku pki 3 keping daging burger)
3 sudu Cili Sos - utk penambah rasa
3 sudu Sos Tiram - utk penambah rasa (klu x nak pon xpe!)
1 cawan air
2 sudu Gula 
Garam

Bahan2 Penyediaan :-
3/4 mangkuk Air
1 Paket Spaghetti
10 Biji Meatball (anda juga blh guna Meatball Bakso punye. Sedap jugak!)

Cara-caranya :-

 1. Mula tumiskan bawang besar dan campurkan sedikit garam.
 2. Lepas tu masukkan Daging Burger (yg di blender) @ Daging Lembu Kisar. Gaul sehingga daging td jd separuh masak.

 3. Masukkan 1 tin Pati Sos Tomato. Campurkan skali 1 cawan air. (Adalah lebih elok jika air tsebut di campurkan di dlm tin sos yg ade saki baki pati sos).
4. Tunggu sehingga sos masak. (klu nampak sos dah meletup2 tu..kira dah masak ler!)
5. Akhir skali, campurkan Sos Cili, Sos Tiram dan gula.(Anda blh menambah perasa mengikut kesedepan lidah & selera anda!) ;p


Untuk penyediaan :- 



1. Rendamkan Spaghetti & Meatball di dlm 3/4 mangkuk air panas selama 10-15 minit.
2. Setelah Spaghetti & Meatball masak, toskan. Jika Spaghetti biarkan rendam tlalu lama, Spaghetti akan jd lembik. (Kira..kureng best ler.Alah mcm mkn mee goreng jugak.klu lembik..kembang aje mee dia!)
3. Dah tu..amik ler pinggan. Letak Spaghetti..tuangkan Sos Tomato..dah siap! Rasa klu nak cantek..bubuh ler daun2 dr pokok bunga korang!

Spaghetti Super Kacang! ;p
Bon Appétit!!!
ADIOS AMIGOS!! CHOW!!




Pagi2 Dah Bingit..!!!

Baru ingat nak menghirup udara segar sambil ditemani secawan milo panas kat beranda..eemmm..x dapek ler sebab jiran kat sebelah tgh renovate umah. Eh...bukan renovate..UPGRADE rumah dr setingkat jadi 2 tingkat! Huhuhu...hilang privasi aku!

Selama ni..ade ler privasi skit sbb aku punye rumah 2 tingkat. Actually..2 tingkat ade 4 pintu. Lagi 3 pintu abah aku buat rumah sewa (aku pon kena bayar sewa gak tau!). Aku pilih rumah atas & hujung skali. Jiran2 kat sebelah kebanyakkannya buat rumah setingkat aje. Bese ler..tanah lot. Suka suki dorunk ler nak buat brape tingkat pon. Jirankat sebelah ni pon buat rumah sewa gak tp patern rumah panjang. Dapat ler 5 rumah tp kecik ler. Rumah aku panjangggggg....klu ikotkan..dah standard kondo! kui..kui..kui.. Ada laman depan & blakang lagi!


Agak ye Bilal (Tuan Rumah sebelah) nih tgh masyuk kot. Tu yg dok tambah ketinggian rumah. Dah ler pagi aku di hadiahkan dgn bunyi-bunyian..ketak..ketuk..ketak..ketuk..tong..tong..tong.. tu blom lg ngan sore budak2 kecik (anak penyewa) melalak ler..tjerit2 ler..adoiiiiii...fening kapla mak nih nokkkkk..!!! Dah ler aku bangun 5 pg...ingat lepas siapkan hubby & si bujang kuar rumah, ingat nak ler aku baring2 kejap ker..berangan2 jd org kaya ker..eeemmmm...lupakan aje! Si dara pon kejap2 tjaga sebab bunyi-bunyian merdu dr hammer & kayu2 yg kena potong!!

Alahai..sakit yer telinga aku nih. Nak tutup tingkat & langsir..mau x masok plak cahaya matahari karang. Bila ler nak siap yerk. MAK DAH X TAHAN..NOOOOKKKKK..!!!!

ADIOS AMIGOS !! CHOW !!

Monday, January 17, 2011

Aku Alpa...!!!

Wow!!! Dah masok 17hb baru nak wish HAPPY NEW YEAR!! Lambat sgt dah nih...tp..ade aku kesah?!cak..cak..cak..kikikiki..Aku Alpa!!

Di sebabkan kehidupan aku yg sgt indah..mbuatkan aku alpa pd keadaan sekeliling. Btol! Aku x hiraukan benda2 lain melainkan keluarga aku yg sgt2 aku kasihi. Masalah mmg ada..tp semua ye aku ketepikan. Yg penting aku bahagia! Sgt self fish kan!

2010 penoh dgn warna yg sgt2 menceriakan. Hubby..anak bujang..anak dara..wowww! Sempurna sungguh hidop aku yg pada dasar di mataNya..aku x layak untuk menerima kesempurnaan ini. Tp..Allah Maha Pengasih..cuma aku aje yg x kasihkan diri aku. Dah ler ibadat kurang...apatah lg untuk bermaksiat dgnNya. Hinanya aku! Ya Allah..ampunkanlah dosa2 hambamu yg sgt2 jahil lg hina ini! Azam Maal Hijrah & Tahun Baru ini..aku ingin membayar blk segala kealpaan aku. Masih ade ruang ker untuk aku? Insyallah..semoga Allah mberi peluang (peluang yg byk kali aku hampakan!) pd diriku.

2011 dtg mbawa bjuta kisah2 yg blom tentu akan mampu aku ikuti. Selagi terdaya..aku turutkan. Selebihnya..aku berserah! Tahun ni..azam aku untuk kuat bkerja..simpan duit byk2..& kurangkan
aktiviti melabur duit di kompleks2 yg sentiasa menunggu duit dtg dr aku! ;p (sebenarnya..aku bukan yer kaki shopping pon!). Aku dan hubby dah tetapkan matlamat untuk 2-3 thn yg akan dtg. Aper dia..biarlah rahsia! wakakaka... Btol..selagi x tetapkan matlamat dan hala tuju..selagi itu aku ikot sj arah tuju hidop. Kira klu jalan tu straight...straight aje ler aku ikot.. xde corner2. Dlm erti kata yg senang..Lurus Bendol! hihihihi..

Oh yer..sejak kehadiran anak dara nih..aku tlh menambah collum skill yg kosong..Aku dah pandai masak!! hihihi..Dulu jahil...skarang pro! Walaweh! Hormon masak memasak sgt kuat tarikan yer! Tu yg buat aku & hubby dok mkn aje keje yer. Dulu..hubby xde nak kesahkan sgt psl masak2 nih. Gas kat umah boleh tahan sampai 2 thn woo..!! Tu gas..blom lg beras! Sampai naik bkutu ler beras tuh! Since pregnant dah start sebok2 kat dapur. Siap buat kek lg! Hah ko! Skarang..tangan tu rasa gatal aje klu x pegang spatula! (Spatula = Sendok!). Disebabkan skill yg btambah ni ler yg buat aku & hubby dpt mencapai matlamat secara pelan2.

Well..ktorg skarang jual Nasi Lemak tau! Aku buat sambal..hubby buat nasi, msk telor, goreng ikan bilis & potong timun!! kikikiki..Buat masa skarang ktorg hantar dlm 100 bungkus tiap2 hari Jumaat dkt pakcik yg jual air tahu & kelapa kat depan opis dan 20 bungkus dkt kedai mama aku yg
kat Jln TAR tuh. RM 1 jerk. (Promote nih!!) Alhamdulillah..kadang2 abis semua..kadang ..bese ler..xde rezeki. Tak laku..sedekahkan aje dr mbazir. Selain tu..ktorg pon ade gak amik tuk katering. Boleh ler skit2. Rezeki anak2..hihihihi..

Suami yg sentiasa di sisi walau ape jua keadaan sekali pon - check!
Anak lelaki yg selalu memeningkan kepala tp dlm hati ade lanskap - check!
Anak dara yg ligat tp mcairkan aku dgn sengihan yer - check!
Sempurna x ? Alhamdulillah!

ADIOS AMIGOS!! CHOW!!