Thursday, October 29, 2009

Orang mati 'layari' Facebook!! Bior Betikk!!!



DI DALAM Facebook, segalanya boleh dilakukan termasuk 'menghidupkan' orang mati. - Gambar hiasan

PENGGUNA Facebook di Britain mengadu bahawa paparan terbaru dalam lawan web tersebut yang menggalakkan orang ramai menghubungi rakan-rakan lama, telah 'menghidupkan' semula individu yang sudah mati.

Paparan terbaru tersebut muncul dalam bentuk kotak cadangan yang berfungsi secara automatik apabila pengguna mendaftar masuk. Kotak cadangan itu akan menghubungkan semula dengan rakan-rakan yang lama tidak berhubung.

Berpuluh-puluh pengguna melaporkan bahawa kotak cadangan tersebut mencadangkan rakan-rakan yang sudah mati.

Seorang pengguna Facebook yang hanya mahu dikenali sebagai Emma, 27, berkata, dia begitu terkejut apabila menerima gambar rakannya yang telah mati ketika dia cuba melayari laman tersebut.

"Seperti kebanyakan pengguna lain, saya memang tidak pernah memadamkan profilnya tapi sesiapa pun pasti terkejut apabila 'dihubungi' individu yang sudah mati. Saya yakin beribu-ribu pengguna Facebook lain mengalami situasi yang sama," katanya.

Lebih 900,000 pengguna Facebook menyertai kumpulan yang menggesa pengendali laman web tersebut untuk menutup paparan terbaru itu.

Jurucakap Facebook berkata, syarikat tersebut sedang menyiasat aduan yang diterima.


p/s: aiyokkkk....!!!

Adios Amigos!! Chow!!

No comments: