Friday, October 30, 2009

Kenapa perlu Begini?

Dramatis bercerai kali ketiga


Emma Akma Yunus

HULU KLANG: Dramatis, Emma Akma Yunus semalam disahkan bercerai buat kali ketiga di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, selepas genap setahun diceraikan buat kali pertama oleh suaminya.

Emma atau nama sebenarnya Noorakma Mohd Yunus, 40, sebelum ini pernah bercerai sebanyak dua kali dengan Mohd Kamal Jaafar Sidek, 35, seorang Pengarang sebuah tabloid.

Terdahulu, peguam Emma, Abdullah Anuar Sahri memberitahu mahkamah pasangan berkenaan bercerai buat kali pertama pada 29 Oktober 2008 dan kali kedua pada 23 Mac lalu

“Bagaimanapun, pasangan ini rujuk buat pertama kali pada November 2008 dan kali kedua mereka rujuk pada akhir Mac lalu.

“Anak guam saya memfailkan permohonan cerai secara baik pada 19 Oktober lalu disebabkan mereka sudah 11 bulan tidak tinggal bersama selain disebabkan 'siqah' iaitu perbalahan yang berterusan,” katanya.

p/s : klu sekali dah bcerai...mesti lepas tu cerai lg. so untuk aper dirujuk? utk mpbaiki diri masing? x baik2 jugak! dah ler buang masa...buang duet...adosss...!!

Adios Amigos!! Chow!!

No comments: