Friday, October 30, 2009

Lagi Kuasa Israel !!

Israel jual pesawat tanpa juruterbang kepada Jerman


PESAWAT pengintip tanpa juruterbang buatan Israel yang dinamakan Heron. - AGENSI

BAITULMAQDIS 29 Okt. - Industri Aeroangkasa Israel berkata, mereka akan membekalkan pesawat pengintip tanpa juruterbang kepada Jerman untuk beroperasi di Afghanistan awal tahun depan.

Pesawat yang dinamakan Heron itu akan dikendalikan oleh tentera udara Jerman di utara Afghanistan pada awal tahun 2010 sebagai misi pengintipan, kata syarikat tersebut dalam satu kenyataannya semalam.

Bagaimanapun, tidak didedahkan berapa banyak dan nilai pesawat canggih tersebut, tetapi ia melibatkan urus niaga bernilai berjuta-juta dolar.

Kementerian Teknologi Pertahanan dan Perolehan Persekutuan Jerman mengesahkan telah menandatangani perjanjian untuk pembelian pesawat berkenaan.

Israel sebelum ini telah pun membekalkan pesawat sedemikian kepada pasukan perisikan tentera campuran bagi mengumpul data-data mengenai pergerakan para militan di Afghanistan dan Iraq.

Heron adalah pesawat pengintip terbesar buatan Israel, memiliki keupayaan untuk terbang selama 30 jam dengan kelajuan 225.3 kilometer sejam pada ketinggian 9,144 meter pada satu-satu masa. - AP


p/s : Penghancur donia!!!

No comments: