Friday, October 23, 2009

Giler Aaahhh!!!


CARDIFF - Gambar seorang wanita mabuk dengan seluar dalamnya terlondeh sehingga di bahagian buku lali dan berjalan terhuyung hayang telah memberi kejutan berhubung budaya minum arak di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar itu dirakamkan pada malam Jumaat lalu oleh sebuah akhbar tempatan di sini semasa isu minuman keras diketengahkan oleh pakar-pakar yang memberi amaran bahawa budaya ketagih arak meningkat dua kali ganda di kalangan wanita Britain berbanding negara-negara lain.
Lebih parah, gejala sosial itu bukan membabitkan golongan remaja tetapi turut menular di kalangan wanita matang dan kelas pertengahan.
Pada Selasa lepas, polis bandar raya Cardiff diberi kuasa merampas arak daripada orang ramai yang meminumnya di jalanan dan berkelakuan liar sekiranya mereka enggan menurut arahan.
Peraturan awam baru itu dilihat sebagai langkah permulaan untuk menjadikan jalan raya sebagai lokasi selamat kepada orang awam sebelum ia diperluaskan ke bandar-bandar lain di Britain kelak.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengamal Perubatan Kolej Royal, Ian Gilmore memberitahu satu persidangan di London bahawa kaum wanita banyak menyumbang kepada pertambahan penagih arak baru di negara itu.
"Gejala ketagihan arak di kalangan wanita semakin menjadi-jadi kerana masyarakat Britain kini dapat menerima hakikat bahawa wanita boleh minum arak sehingga mabuk." kata Gilmore. - Agensi
p/s : Apa akan jadik klu pompuan dlm gambo tuh..adek beradek anda..sedara anda..ker..diri anda? Mane nak letak muka weeiiiii!!!!
Adios Amigos!! Chow!!

No comments: