Dah sangap..aku pon bukak ler surat khabar online yg biasa yer..org baca time waktu pagi. Aku plak..dah sangap baru carik paper nih!
Macam-macam: Lelaki bersenjata sudu rompak bank kena gelak
WARSAW: Seorang lelaki yang cuba merompak sebuah bank, sebaliknya menjadi bahan tertawa kakitangan bank berkenaan, apabila mereka menyedari dia hanya bersenjatakan beberapa batang sudu untuk menakutkan mereka.
Seorang pegawai kanan polis berkata, kakitangan bank di Lublin, di timur Poland pada mulanya terkejut apabila perompak itu menyerbu masuk, tetapi apabila menyedari dia hanya bersenjatakan sudu mereka terus ketawa.
"Perompak itu akhirnya keluar dengan tangan kosong, apabila kakitangan bank enggan menyerahkan wang, malah mengusirnya," kata polis. - Agensi
No comments:
Post a Comment